Friday 30 November 2012

Counting Days ^_~

Assalamualaikum n hye..

Lama rasanya blog aku terkubur..so that why ingin aku di sini menyungkil balik apa yg dah terbenam utk kembali mncul smula di alam maya nie..

Today 30 November 2012, that mean aku cuma tinggal bberapa hari saja lagi utk menamatkan zaman bujang trangtangtang aku nie..well, sangat mengecewakan sikit la kan kalau smpai ke tahap ni aku still xda rasa apa2. itu tipu!!! perasaan yg aku rasa skrg nie, ohhhmmmaaaiiii Tuhan jer yg tau =.='

Banyak benda must be settle before upcoming weekend. Fuhh..sikit xbanyak jugak la aku bertungkus lumus menyiapkan apa yg patut dan menyahkan apa yg tak tersenarai. Even kerja 8jam a day aku still xdpt nak control or dlm erti kata lain nak handle apa yg bride-to-be patut buat skrg nie. Kesian kat aku ='(

Tapi, really appreciate coz at the same time family, mak, akk, abg n members banyak dtg membantu. walaupun xbanyak aku sangat2 hargai sbb tu menandakan they all still cayang kat aku..mehehehe :p AT LEAST dorang still ingatkan aku what am i suppose to do. tu dah lebih dari cukup! :)

So a big thanks n a big hugs kpd smua yg disayang tu. Doakan semua yg dirancang berjalan dgn lancar :D

p/s: dup dap dup dap...

Tuesday 31 July 2012

Sembuhkanlah Dia...

Assalamualaikum..

Salam 11 Ramadhan semua.. :)
Lama x update entry kan. well macam-macam hal terjadi yg mana ianya masih belum ke tahap tragedi tapi hny perkara yg mungkin agak remeh tp perlu dipandang serious.yup! seriously aku skrg xhenti2 berdoa supaya tuhan lindungi tunangan aku drpd apa jua masalah yg boleh memudaratkan kesihatannya..mungkin disebabkan lately ni dia asyik demam..sampai muntah2, aku semakin risau dan sentiasa berharap dia akan pulih spt sediakala dengan semangat kehidupan yg baru.

28/7/2012 bersamaan 8 Ramadhan 1433H, tepat jam 6 petang aku dan si dia keluar mencari tempat untuk kami berbuka puasa bersama. petang tu aku dapat rasakan dia dlm keadaan yang kurang sihat, tp aku tidaklah berfikiran bukan2 memandangkan dia sendiri yg mengatakan tiada apa2 setelah aku bertanya padanya. "awk ok x nie..kalau x kita g klinik je lps tu baru makan?" "ok je syg..knp? xda apa2 la..biasa je, maybe letih sikit..jgn resau ok?" "humm yela..so awk nak bwk sy mane ni? xpun kita g klinik dulu la baru makan.." mencelah lagi setelah kurang berpuas hati.huu..risau betul aku masa tu. nak ignore risau..nak concern dia pulak kata xda apa2..so? humm aku pun amik keputusan yg mana xbrp nak puas utk pergi berbuka dulu..dia kelihatan happy and senyum bila aku bersetuju...sepanjang perjalanan kami berbual mesra 1 sama lain.

sesampainya kami di tempat makan, kelihatan ramai yg sedang menanti hidangan mereka memandangkan jam menunjukkan 7.15pm. hampir waktu berbuka..setelah menu berbuka dipesan kami berbual lagi.macm2 hal dipersoal jawabkan kami berdua.dia kelihatan sgt ceria walaupun hakikatnya sy sedar air mukanya xmencerminkan apa yg di rasai nya ketika itu.lesu sekali..."cik, lime pepper chicken chop..tq" sapaan waitress td memberhentikan perbualan kami.."err..kami order 2 tadi kan?.." aku bertanya kpd waitress itu td sambil memandang ke arah tunangan ku. dia pantas mengangguk tanda setuju. "oh..maaf ye cik sy ingat td order 1 sahaja. ok, sy add utk 1 lagi order ya..tq"..huhu boleh pulak waitress tu salah ambil order kami. dah la dari tadi duk telan air liur tgk org lain da lama makan. haha xpelah..waktu2 macam ni biasa la tu..(dimaafkan utk kali ni je)hummm~

hidangan yg baru saja diberikan td ditolak ke arah ku. "syg makan dulu ok.." "eh xpela awk tu kena makan dulu..da xlarat sangat dah tgk..cepat2 makan. nanti kempunan perut tu.." aku berseloroh. huhu ikutkan hati mau je aku menyentap makanan tu time tu jugak tp..."xpe....syg makan la dulu..plis jgn degil." adehhhh kali ni buat aku betul2 kalah. pantang org duk tolak2 makanan ni.nak2 time perut da meronta ronta meminta utk dipenuhkan.sekali hamekk..at last aku yg membedal dulu..bunyi yg amat kurang sopan kan? :p encik tunang senyum sambil usap kepala aku. ermmm tula sp suh paksa aku makan dulu. kan da jadi mangsa kebuluran dek kerana aku yg gelojoh ni. kekeke..

Alhamdulillah...setelah selesai makan kami terus mencari tempat solat. dan sejurus itu kami singgah di JJ dgn niat utk menonton wayang..tiket parking dah diambil tinggal utk mencari parking je..10minit cari parking..si dia kelihatan amat xbermaya. aku tanya sekali lagi dan jawapan yg sama diberikan olehnya..tp ada sedikit kelainan di situ apabila dia mengatakan bole sy tidur kejap?? aik..peliknya. baru je nak masuh tgk wayang takkan nak tidur kot? humm okelah..jawab aku ringkas. aku perlahan-lahan mencari ruang2 kosong utk park kereta dengan hati yg xtenteram. (ya Allah..knp aku tidak berada di tempatnya sekarang..kasihan tatkala aku melihat wajahnya yg amat lesu itu)

"syg..berhenti..!!" aku terpana seketika. "knp ni awk?? jom la sy bwk klinik" dia lantas membuka pintu kereta dan........"awk, sy nk bwk awk g klinik..kita tgk wayang lainkali. sy xboleh tgk awk mcm ni..." aku berkata kepadanya...hati aku meruntun tatkala melihat dia tiba-tiba termuntah sekejap td.banyak.. apa yg perlu aku lakukan?? argghhhh...kasihannya dia. hati aku seolah2 menjerit.."xpe syg, kan sy da janji nak bwk awk berbuka n tengok wayang..betul x?? ni sakit kejap je. pening kepala jap lagi ok la"..."plis jgn ckp mcm tu..syg xkisah la kalau kita xtgk wyg. sy nak awk sihat..xsuka tgk awk mcm ni..jom..kita g klinik..please..?" ya Allah selamatkanlah tunang ku ini.....

aku melangkah perlahan sambil digenggam tangan si dia...tangannya begitu sejuk. aku dpt rasakan..pintu JJ terbuka luas tatkala kami melangkah masuk ke dalam. (kenapalah aku tak berjaya memujuknya??)..saat berjalan seiringan, aku dpt lihat keikhlasan dan ketulusan hatinya yg sedaya upaya mahu mengotakan janjinya  semata-mata itu..sanggup menahan kesakitan hanya untuk menjaga hati ku...aku terdiam........berdosakah aku? bersalahkah aku???

sebagai balasan aku rasa..tiket wayang sold out!! alhamdulillah..aamiiinnn syukur ya allah..at last ada chance aku nak ajak si dia balik n pergi klinik. (dlm hati bersorak riang)..tp tu rupanya xmenjanjikan apa yg diimpikan..si dia tetap xnak balik dan mengajak utk bermain machine yg dpt doll cantik2 hanya dengan menggunakan token yg telah ditukar dengan RM tu..haiiihhhh payahnya la...knp la si dia begitu obses nk bwk aku berjalan-jalan sedangkan dia sendiri sedar yg dia masih xlarat dalam keadaan yg mcm tu. ataupun..ini hanyalah helahnya semata-mata utk mengelakkan dpd dibawa ke klinik?? huu..tp apa yg penting bila aku tanya dia samaada nak balik rumah atau tak dia still dgn jwpn yg sama. xmahu balik..nak jalan2 ngn syg katanya...

pheww..setelah hampir lbh kurang 2jam ber 'window soping'..akhirnya, kami bergerak utk pulang..hati berasa sedikit lega..dengan harapan dia mahu ke klinik...tp, dia tetap berdegil. aku jadi buntu xtau mcm mana lagi mahu memujuknya. humm..so utk melegakan hati aku ni..aku meneruskan plan B. "awk, balik nanti please cari panadol lps tu makan..ok?" "yeee syg....awk ni risau sgt la.." aishhh~~mau aku tak resau? tgk org lain jatuh sakit sampai muntah2 aku dah kesian ni pulak tunang n kekasih aku sendiri?? hummm..baru pertama kali aku sedar betapa susahnya memujuk seorang lelaki utk dia melakukan sesuatu yg dia sendiri susah utk berbuat demikian..tp jauh di sudut hati, aku berdoa agar dia akan kembali pulih spt biasa..

:)

Wednesday 18 July 2012

My Fav TV Show

Assalamualaikum...

hiihiiihi...sungguh berbangganya diriku harini sbb bos xmasuk..ngahahaha gelak mcm ni susah nk ditafsirkan apa maksud disebaliknya...
neway, entry kali ni nak share which part of tv show yg telah menjadi pojaan hatiku sekarang nie..if uols rasa xseswai jgn lah diteruskan baca entry nie sbb perasaan meluat korang yg dah sedia ada tu akan terus membuak2 setelah habis membaca entry aku ni.(muahahahhah).

Keyh first of all, memperkenalkan....drama pujaan pertama di hati ku untuk tahun 2012...jatuh kepada......
tadaaaaaaaaaa~~~


weehuuu~fav drama ever slps Nur Kasih!! yes..ok, one of  my reason why i'm so addicted wif dis drama bcoz of my Tiz Zaqyah yg comellll tu..hehe. but u know what? even aku amat meminati dia smpai sekarang masih xberpeluang berjumpa face to face dengannya but...FYI dgn cik abgnya Remy Ishak aku dah jumpa ok..(hakhakahakkk retiss nak mamp...s)

ok, kenapa aku sgt meminati dia?? 

1 - comel, putih melepak & gebu
2 - kecil molek
3 - satu satunya pelakon wanita yg tidak bermekap terlampau tebal dlm semua lakonannya & natural beauty..
4 - satu satunya pelakon wanita yg sgt pandai bermain ekspresi muka ketika melakonkan watak sedih, happy, alim, malu2 kucen, kecewa, kelakar, bosan, geram, sakit, excited, nakal, sombong, jual mahal..mahupun skt jiwa (contoh dlm cerita Sophia). hehe!
5 - bijak & educated
6 - ada bakat terpendam yg lain spt melukis, menyanyi..n maybe ada lagi yg aku xdpt kenalpasti..
7 - tidak suka mencari publisiti mcm sesetengah artis2 yg 'baru nak tumbuh' tu (lakonan dorg xdela hebat mana pun)
8 - suka merendah diri
9 - dia xsuka cover cun..buat biasa2 sudah
10 - walaupun kdg2 suka berpakaian agak sexy namun dia pandai sesuaikan dgn keadaan, tempat dan masa. tidak setiap masa main redah je nak pakai ape pun..

hehe..so ni antara gambar2 utk drama yg menjadi pujaan ku utk 2012 nie..just 4 sharing utk suka2 sbb kalau nak serious sgt pun xbest jugak. some times kena la ceria ceriakan sikit diri kita..siang ke malam da penat bekerja so apa salahnya utk mengelakkan diri kita ni drpd tension2 kita perlu la bagi ruang utk kita menenangkan fikiran..bernafas dgn aman..damai..tenang..yg penting jgn la smpai kita terleka utk menunaikan apa yg diperintahkankan oleh-Nya :)

Ammar dan Nadira....lovely couple!

Bazli, Nadira and Ammar ;)

auwww...^_~

 bazli yg hencem ni tunang kpd nadira dlm cerita nie. sgt baik dan setia, but nadira...humm~

tgk. mane aku xgeram tgk si gebu neh....her smile!

 Aqasha as Ammar...time dia kuak2 rambut depan dia tu, pehhh macho kot!

nadira smile to ammar on potrait =)

humm tp aku xtau apa kesudahan cerita ni..mungkin nadira akan bersama ammar tidak bazli..tapi, kalau bukan bazli xkan la baz nak kawen ngn uzma kan?? hehe :P mcm2 spekulasi yg timbul dlm cerita nie, ada yg boleh kita ambil sebagai pengajaran dan ada jugak kita perlu ketepikan..humm cmne la ending tu kan?? apa yg uols rasa plak?? ada yg kata mungkin ammar akan dpt nadira tu..and xkurang jugak yg mengatakan ammar akan mati~huh wattefff....huhuhu :)

kau buatkan aku kecairan ammar!! naseb ko dah kawen...hahahahha!! (gelak xpuas hati namanya)