Tuesday 31 July 2012

Sembuhkanlah Dia...

Assalamualaikum..

Salam 11 Ramadhan semua.. :)
Lama x update entry kan. well macam-macam hal terjadi yg mana ianya masih belum ke tahap tragedi tapi hny perkara yg mungkin agak remeh tp perlu dipandang serious.yup! seriously aku skrg xhenti2 berdoa supaya tuhan lindungi tunangan aku drpd apa jua masalah yg boleh memudaratkan kesihatannya..mungkin disebabkan lately ni dia asyik demam..sampai muntah2, aku semakin risau dan sentiasa berharap dia akan pulih spt sediakala dengan semangat kehidupan yg baru.

28/7/2012 bersamaan 8 Ramadhan 1433H, tepat jam 6 petang aku dan si dia keluar mencari tempat untuk kami berbuka puasa bersama. petang tu aku dapat rasakan dia dlm keadaan yang kurang sihat, tp aku tidaklah berfikiran bukan2 memandangkan dia sendiri yg mengatakan tiada apa2 setelah aku bertanya padanya. "awk ok x nie..kalau x kita g klinik je lps tu baru makan?" "ok je syg..knp? xda apa2 la..biasa je, maybe letih sikit..jgn resau ok?" "humm yela..so awk nak bwk sy mane ni? xpun kita g klinik dulu la baru makan.." mencelah lagi setelah kurang berpuas hati.huu..risau betul aku masa tu. nak ignore risau..nak concern dia pulak kata xda apa2..so? humm aku pun amik keputusan yg mana xbrp nak puas utk pergi berbuka dulu..dia kelihatan happy and senyum bila aku bersetuju...sepanjang perjalanan kami berbual mesra 1 sama lain.

sesampainya kami di tempat makan, kelihatan ramai yg sedang menanti hidangan mereka memandangkan jam menunjukkan 7.15pm. hampir waktu berbuka..setelah menu berbuka dipesan kami berbual lagi.macm2 hal dipersoal jawabkan kami berdua.dia kelihatan sgt ceria walaupun hakikatnya sy sedar air mukanya xmencerminkan apa yg di rasai nya ketika itu.lesu sekali..."cik, lime pepper chicken chop..tq" sapaan waitress td memberhentikan perbualan kami.."err..kami order 2 tadi kan?.." aku bertanya kpd waitress itu td sambil memandang ke arah tunangan ku. dia pantas mengangguk tanda setuju. "oh..maaf ye cik sy ingat td order 1 sahaja. ok, sy add utk 1 lagi order ya..tq"..huhu boleh pulak waitress tu salah ambil order kami. dah la dari tadi duk telan air liur tgk org lain da lama makan. haha xpelah..waktu2 macam ni biasa la tu..(dimaafkan utk kali ni je)hummm~

hidangan yg baru saja diberikan td ditolak ke arah ku. "syg makan dulu ok.." "eh xpela awk tu kena makan dulu..da xlarat sangat dah tgk..cepat2 makan. nanti kempunan perut tu.." aku berseloroh. huhu ikutkan hati mau je aku menyentap makanan tu time tu jugak tp..."xpe....syg makan la dulu..plis jgn degil." adehhhh kali ni buat aku betul2 kalah. pantang org duk tolak2 makanan ni.nak2 time perut da meronta ronta meminta utk dipenuhkan.sekali hamekk..at last aku yg membedal dulu..bunyi yg amat kurang sopan kan? :p encik tunang senyum sambil usap kepala aku. ermmm tula sp suh paksa aku makan dulu. kan da jadi mangsa kebuluran dek kerana aku yg gelojoh ni. kekeke..

Alhamdulillah...setelah selesai makan kami terus mencari tempat solat. dan sejurus itu kami singgah di JJ dgn niat utk menonton wayang..tiket parking dah diambil tinggal utk mencari parking je..10minit cari parking..si dia kelihatan amat xbermaya. aku tanya sekali lagi dan jawapan yg sama diberikan olehnya..tp ada sedikit kelainan di situ apabila dia mengatakan bole sy tidur kejap?? aik..peliknya. baru je nak masuh tgk wayang takkan nak tidur kot? humm okelah..jawab aku ringkas. aku perlahan-lahan mencari ruang2 kosong utk park kereta dengan hati yg xtenteram. (ya Allah..knp aku tidak berada di tempatnya sekarang..kasihan tatkala aku melihat wajahnya yg amat lesu itu)

"syg..berhenti..!!" aku terpana seketika. "knp ni awk?? jom la sy bwk klinik" dia lantas membuka pintu kereta dan........"awk, sy nk bwk awk g klinik..kita tgk wayang lainkali. sy xboleh tgk awk mcm ni..." aku berkata kepadanya...hati aku meruntun tatkala melihat dia tiba-tiba termuntah sekejap td.banyak.. apa yg perlu aku lakukan?? argghhhh...kasihannya dia. hati aku seolah2 menjerit.."xpe syg, kan sy da janji nak bwk awk berbuka n tengok wayang..betul x?? ni sakit kejap je. pening kepala jap lagi ok la"..."plis jgn ckp mcm tu..syg xkisah la kalau kita xtgk wyg. sy nak awk sihat..xsuka tgk awk mcm ni..jom..kita g klinik..please..?" ya Allah selamatkanlah tunang ku ini.....

aku melangkah perlahan sambil digenggam tangan si dia...tangannya begitu sejuk. aku dpt rasakan..pintu JJ terbuka luas tatkala kami melangkah masuk ke dalam. (kenapalah aku tak berjaya memujuknya??)..saat berjalan seiringan, aku dpt lihat keikhlasan dan ketulusan hatinya yg sedaya upaya mahu mengotakan janjinya  semata-mata itu..sanggup menahan kesakitan hanya untuk menjaga hati ku...aku terdiam........berdosakah aku? bersalahkah aku???

sebagai balasan aku rasa..tiket wayang sold out!! alhamdulillah..aamiiinnn syukur ya allah..at last ada chance aku nak ajak si dia balik n pergi klinik. (dlm hati bersorak riang)..tp tu rupanya xmenjanjikan apa yg diimpikan..si dia tetap xnak balik dan mengajak utk bermain machine yg dpt doll cantik2 hanya dengan menggunakan token yg telah ditukar dengan RM tu..haiiihhhh payahnya la...knp la si dia begitu obses nk bwk aku berjalan-jalan sedangkan dia sendiri sedar yg dia masih xlarat dalam keadaan yg mcm tu. ataupun..ini hanyalah helahnya semata-mata utk mengelakkan dpd dibawa ke klinik?? huu..tp apa yg penting bila aku tanya dia samaada nak balik rumah atau tak dia still dgn jwpn yg sama. xmahu balik..nak jalan2 ngn syg katanya...

pheww..setelah hampir lbh kurang 2jam ber 'window soping'..akhirnya, kami bergerak utk pulang..hati berasa sedikit lega..dengan harapan dia mahu ke klinik...tp, dia tetap berdegil. aku jadi buntu xtau mcm mana lagi mahu memujuknya. humm..so utk melegakan hati aku ni..aku meneruskan plan B. "awk, balik nanti please cari panadol lps tu makan..ok?" "yeee syg....awk ni risau sgt la.." aishhh~~mau aku tak resau? tgk org lain jatuh sakit sampai muntah2 aku dah kesian ni pulak tunang n kekasih aku sendiri?? hummm..baru pertama kali aku sedar betapa susahnya memujuk seorang lelaki utk dia melakukan sesuatu yg dia sendiri susah utk berbuat demikian..tp jauh di sudut hati, aku berdoa agar dia akan kembali pulih spt biasa..

:)

Wednesday 18 July 2012

My Fav TV Show

Assalamualaikum...

hiihiiihi...sungguh berbangganya diriku harini sbb bos xmasuk..ngahahaha gelak mcm ni susah nk ditafsirkan apa maksud disebaliknya...
neway, entry kali ni nak share which part of tv show yg telah menjadi pojaan hatiku sekarang nie..if uols rasa xseswai jgn lah diteruskan baca entry nie sbb perasaan meluat korang yg dah sedia ada tu akan terus membuak2 setelah habis membaca entry aku ni.(muahahahhah).

Keyh first of all, memperkenalkan....drama pujaan pertama di hati ku untuk tahun 2012...jatuh kepada......
tadaaaaaaaaaa~~~


weehuuu~fav drama ever slps Nur Kasih!! yes..ok, one of  my reason why i'm so addicted wif dis drama bcoz of my Tiz Zaqyah yg comellll tu..hehe. but u know what? even aku amat meminati dia smpai sekarang masih xberpeluang berjumpa face to face dengannya but...FYI dgn cik abgnya Remy Ishak aku dah jumpa ok..(hakhakahakkk retiss nak mamp...s)

ok, kenapa aku sgt meminati dia?? 

1 - comel, putih melepak & gebu
2 - kecil molek
3 - satu satunya pelakon wanita yg tidak bermekap terlampau tebal dlm semua lakonannya & natural beauty..
4 - satu satunya pelakon wanita yg sgt pandai bermain ekspresi muka ketika melakonkan watak sedih, happy, alim, malu2 kucen, kecewa, kelakar, bosan, geram, sakit, excited, nakal, sombong, jual mahal..mahupun skt jiwa (contoh dlm cerita Sophia). hehe!
5 - bijak & educated
6 - ada bakat terpendam yg lain spt melukis, menyanyi..n maybe ada lagi yg aku xdpt kenalpasti..
7 - tidak suka mencari publisiti mcm sesetengah artis2 yg 'baru nak tumbuh' tu (lakonan dorg xdela hebat mana pun)
8 - suka merendah diri
9 - dia xsuka cover cun..buat biasa2 sudah
10 - walaupun kdg2 suka berpakaian agak sexy namun dia pandai sesuaikan dgn keadaan, tempat dan masa. tidak setiap masa main redah je nak pakai ape pun..

hehe..so ni antara gambar2 utk drama yg menjadi pujaan ku utk 2012 nie..just 4 sharing utk suka2 sbb kalau nak serious sgt pun xbest jugak. some times kena la ceria ceriakan sikit diri kita..siang ke malam da penat bekerja so apa salahnya utk mengelakkan diri kita ni drpd tension2 kita perlu la bagi ruang utk kita menenangkan fikiran..bernafas dgn aman..damai..tenang..yg penting jgn la smpai kita terleka utk menunaikan apa yg diperintahkankan oleh-Nya :)

Ammar dan Nadira....lovely couple!

Bazli, Nadira and Ammar ;)

auwww...^_~

 bazli yg hencem ni tunang kpd nadira dlm cerita nie. sgt baik dan setia, but nadira...humm~

tgk. mane aku xgeram tgk si gebu neh....her smile!

 Aqasha as Ammar...time dia kuak2 rambut depan dia tu, pehhh macho kot!

nadira smile to ammar on potrait =)

humm tp aku xtau apa kesudahan cerita ni..mungkin nadira akan bersama ammar tidak bazli..tapi, kalau bukan bazli xkan la baz nak kawen ngn uzma kan?? hehe :P mcm2 spekulasi yg timbul dlm cerita nie, ada yg boleh kita ambil sebagai pengajaran dan ada jugak kita perlu ketepikan..humm cmne la ending tu kan?? apa yg uols rasa plak?? ada yg kata mungkin ammar akan dpt nadira tu..and xkurang jugak yg mengatakan ammar akan mati~huh wattefff....huhuhu :)

kau buatkan aku kecairan ammar!! naseb ko dah kawen...hahahahha!! (gelak xpuas hati namanya)

Tuesday 17 July 2012

Wedding Checklist

Assalamualaikum..yuhuuu!!

Today nak share ckit apa yg aku dah 'update' utk diri aku baru-baru ni..ok update status di fb tidak lagi penting bagi diri aku memandangkan aku sekarang ni agak lebih FOKUS dlm meniti hari-hari yang mendatang (cewahhh!). huhu..so jom tgk apa yg tersirat dlm kepala aku 2-3 hari lepas. just for sharing if uols nak copy paste pun xpa sbb aku pun dapat ni dpd blogger lain cuma aku ubah sikit2 mana yg perlu dan alter sikit lagi bagi checklist ni nampak chantek dan mudah difahami juga  mudah dimanfaatkan.. :)

(created specially for bakal pengantin baru)

COMING SOONNNN :p 

(jgn mare...maybe by next week checklist tu akan siap sepenuhnya, insyaAllah~ so tunggu aku update ya) ^_^

Monday 16 July 2012

Ramadhan 1433H

Assalamualaikummmmmmm....^_^

Today i'm typing my 3rd entry for this month! Excited..U know why??? bcoz next week dah tiba masanya utk kita semua menunaikan rukun Islam ke-3, iaitu berpuasa di bulan Ramadhan....weeeee!!! Alhamdulillah, dengan segala puji padaMu aku bersyukur kerana sekali lagi aku diberi peluang untuk menunai dan merasai kenikmatan bulan Ramadhan :)

Lama dah rasanya x menaip di blog kesayangan nie..lately ni memang agak sibuk memandangkan my office dlm keadaan agak 'caca-marba'..huhu! everyday dtg kerja buat semua kerja yg mana kerja2 tersebut bukanlah ditanggungjawabkan oleh aku, tp...yes..niat aku bekerja di company ni adalah utk membantu my own family..so apa nak dihirau sgt if semua kerja tu menjadi tanggungjawab aku. so, today memang aku seboleh bolehnya mencuri sikit masa utk meng'update' blog nie..coz rasanya time puasa nnt lagi la dah xsempat. mana nak buat kerja, mana nak jaga PITO di ofis, mana nak attend client, mana nak jadi receptionist..nak semak file2 aku, file2 dorg, jaga akaun, update bil status, meeting lagi..pheww~balik sah-sah cari katil..tanpa menghiraukan si Neo yg menanti penuh kesabaran di pintu rumah..(wattefisshh). malam plak...opss sorry!! pkul 630 bangun balik nak tlg mak masak plak..(padahal dari 430pm mak dah start masak kot) as usual..hohokk! T_T

Cakap pasal kenikmatan di bulan Ramadhan..aku terasa macam bukan aku sorang je yg excited kan? i know, uols pun rasa benda yg sama kan, cuma malu nak cakap kan kan kan?? hehe..well aku pun sama jugak..even belum smpai bulan puasa, tp hari-hari bukak internet da survey baju raya..kuih raya..kasut raya bagai. best nya kan? tapi hati-hati ya, jgn smpai kita terpesong dari niat kita yang sebenar di bulan Ramadhan yg mulia tu nanti..:) raya raya jugak tapi if kita hanya berpuasa untuk raya..it's not good ok..hehe!

Ok, xda apa yang nak dikongsi sebenarnya cuma haritu aku ada survey baju kurung utk raya, maklumlah da terlalu sibuk kat pejabat sampai nak keluar shopping cari kain pun xsempat jugak. so untuk inisiatif lain aku pun survey la kat internet dan satu hari ter'click' kat 1 fb page ni..minazboutiquestudio.com..butik pakaian (kurung) yg terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. hebat-hebat jugak design dan model dye. hehe. kalau uols tgk mesti xbanyak pun mesti ada sikit teruja punya. betul kakkkk, i tak tipu u~ hehehe :P
apa yg aku nampak kain dye memang dari good quality dan design baju kurung moden dye tersangatlah gojess. plus dipakai pula oleh model2nya yg kiut miut tu..pheww~(hati berdebar-debar kerana duit bakal melayang)..belum apa-apa aku dah cop dulu ada 1 baju ni..comel gila kot..masih xpercaya?? meh nak tunjuk ckit..i love the yellow mustard and grey one. kekekke..

tadaaa...see see...chantek kan?? alahhh ngaku jela. hikhik! so sesiapa yg dah berkenan tu boleh la try jenguk2 page yg aku tnjuk td k and buat la tempahan dengan secepat mungkin (mcm aku) coz this is from the limited edition kurung ..tp price nya aku sendiri pun xpasti sebab xdinyatakan di situ. untuk baju-baju yg lain harganya dun worry ada dinyatakan. ceh.. baik tak aku tolong promote biz orang? (^,^)
...
OMG..tengok, akibat dah terlebih diberi masa. aku jadi camni. apa yg ingin disampaikan entah ke mana kan?? aha..that's me. at least aku x hipokrit. jujur..tp xdala smpai nak buka pekung di dada kan..ngehehehe!!
so, actually bukan nak membebel panjang..cuma nak mengingatkan diri sendiri supaya bersiap sedia menempuh bulan Ramadhan yg penuh kenikmatan ni. niat kena betul. kalau betul kita nak puasa kerana Allah tunaikanlah dengan sepenuh hati. bukan setakat nak tunaikan rukun Islam kita tapi untuk menunjuk nunjuk kita ni Islam kena puasa. tapi, solat? ceh....puasa 30 hari lengkap dari hari pertama smpai la sehari sebelum raya..tp rupanya..subuh sembahyang, zohor terlepas, asar lepas, maghrib sembahyang..isyak terlepas sbb kekenyangan xboleh bangun. apa ini semua?? huhu..so harap-harap..kita xlagi seperti ini. buangkan yg keruh ambil yg jernih. perbaiki diri sendiri kerana tiada siapa akan membantu kalau bukan diri kita sendiri :) so marilah kita sama-sama betulkan niat kita tadi moga-moga kita mendapat pahala dan ganjaran serta kenikmatan di bulan Ramadhan yang dirahmati oleh Nya..amiinnn ya rabbal aalamiin :)





Wednesday 4 July 2012

Company Trip to Bandung

Helloo guys...my 2nd entry for this month..hehe.
Actually entry ni tak seswai di postkan pada ketika ini kerana......dah lama da weyhh aku gi Bandung. tak silap bulan 3 haritu..sekarang baru nak post kan sbb aku rasa mcm nak share sikit pasal trip yg aku dah join ni. 

BANDUNG, INDONESIA..

Agak menarik bukan?? yup!! tersangatlah excitednya aku bila menjejakkan kaki di tempat mahligai segala shopaholic especially mcm aku ni. haha. selalu paling gempak pun area Jalan TAR, Masjid Jamek, Nilai, Tangkak n soo on. tp kali ni, hamek!! (overseas lagi)..muahahahh!! Tp kalau dah banyak pilihan sangat pun tak boleh jugak aku ni. buntu seyhh. "yang mana satuuu....idaman kalbuuu...." tolooonggg.......hehe!

Jom tgk gambar2 aku menjelajah ke sana. alahh tak banyak mana pun sbb owner camera kedekut nak share. haha!! eh sebelum tu, terlupa lak. aku ke sana bukan seorang diri ok. (dah nama pun "Company Trip" kan). trip ni adalah trip 4hari 3malam yg dianjurkan oleh tempat kerja aku, HAFIZAH NIK NAZIFAH & PARTNERS...seramai 10-14 orang yg join termasuk family kpd staff2 yg lain. so..let's cekidauuuuuuttttt!!!

@ LCCT before departure. EXCITING!!

tadaa..we @ Golden Flower Hotel. sangat dialu-alukan utk stay kat hotel ni if u all g bandung. lokasi strategik, cormfortable..and excellent services!!

@ Rumah Mode. tempat memebeli-belah pertama kami di sana. oso RECOMMENDED! oke kat gambar ni aku boleh introduce ckit lah..from left: Adawiah (staff), Farhana (staff), ank buah Eisya, Eisya (staff ), Shahrul (big bosh's elder son), Fara (staff juga my niece), Me, my big bosh Hafizah merangkap my sista and her lil son dannn di hujung sekali berbaju hijau tu our staff jugak Roy/Hanafi namanya..staff lain plak sedang bertungkus-lumus menghabiskan duit mereka..hehehe :) 

Roy si pemilik kamera..lokasi di Rumah Mode. tempat ni banyak jual baju branded n harga dye lebih kurang sama je kat mesia. so kalau uols nak ke tmpt ni make sure uol kena pandai pilih sbb kat sini xboleh menggunakan khidmat "tawar-menawar" mcm kat Pasar Baru tu ya..hehe :)

Tadaa..nasi ayam penyet bandung. sooo yummm!

Here we gooo..TRANS STUDIO BANDUNG~u might be loved this place for sure..sesuai utk sesiapa yg bawa family especially for ur kids..sbb tmpt ni agak sama mcm Genting Highlands and Sunway Lagoon..ada theme park for indoor juga outdoor..tiket masuk Rp. 150,000 - Rp. 200,000 (RM50-RM70) bagi dewasa dan kanak-kanak.

So, FYI gambar kat bawah ni semua dlm Trans Studio..banyak pilihan tau. jangan korang xsempat masuk dlm semua tmpt ni dah la (mcm kami sbb xcukup masa)..hehe

go go racing coaster!! 

jgn jelesh i ada new bodyguard! :P 

 TRANS CITY THEATER..xtau apa kat dalam but i guess sometin yg agak fun jugak :D

 TRANSCAR..utk mereka yg teringin nak masuk go-cart tp xdapat2..sila lah ke sini..haha.

guess who??

 Pakcik Roy with "Pirates of the Caribbean" gang!! agak jeles sebab gambar aku ada tp masih xdpt lagi dari pemilik kamera sampai sekarang..sob sobb :'(

 Dunia Anak...best for ur kids tp jgn terezut sbb kami si tua kerepot pon still nak masuk jugak tmpt ni, xkira la kami bayar ape!..tehhee!

YAMAHA Racing Coaster..dgr nama dah cukup hebat kan? ni la tmpt roller coaster dorang so memang rugi la if da sampai sana tp xmasuk tmpt nie..very the boom!!

So, how is it??
hurmm korang mesti tak puas hati kan sbb intipatinya takdelah sehebat mana..huhu sorry la guys, kalau uols nak tau aku ke sana tanpa membawa sebarang jenis camera..baik digital, DSLR mahupun kamera cap ayam. sebab duk kekwat sangat dgn myPP (uols ingat lagi x??), so aku ingat better xpayah bawak kamera pape lagi..sesudahnya u guys tgk la..gambar pun xbanyak n owner kamera ni pun xbanyak snap pictures. kalau la tangan aku yg pegang kamera dye ni, insyaAllah...memang muka aku jela yg ada overall..so ni semua disebabkan myPP aku buat hal..bateri kong beb! dari hari pertama lagi sesampai aku kat sana. hahahehehuhu..memang spoil! tp nak buat camne, menyesal kemudian tidak berguna (gelakkan diri sendiri) T_T

Neway..buat pengetahuan korang, actually banyak lagi tempat menarik kat sana. antaranya:-

 *Kawah Putih (keunikan air tasiknya seperti air susu keranan bewarna putih)
*Tangkuban Perahu (kawah yg dikelilingi pemandangan indah, cool and windy)
*Trans Studio Bandung (spt kat atas tadi)
*Kampung Gajah (lebih kurang mcm theme park)
*Pasar Dago ("shoppers heaven" in the wholesale industry!)
*Rumah Sosis (segalanya berunsurkan sosej..yumm)
*Rumah Mode (shopping..)
*Pasar Baru (paling best utk shopping esp kpd ibu2 bapa2 anak2 juga segala peringkat umur!!)


So apa tunggu lagi kan?? hehe :)

Saat Bergelar Isteri

"Sesungguhnya apabila seorang suami menatap 
isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka." ( Hadith riwayat maisaroh Ali daripada Abu said Al-Hudri)

Hellooo..Assalamualaikum,

Lama dah rasanya tak update blog nie, so how's life everyone?? study? work? family? bf/gf?..hehehe :)
Saya di sini pula biasa2 sahaja..hari-hari mendatang kian hampir dgn saat termeterainya janji kedua merpati menyulam cinta yg halal di sisiNya. Alhamdulillah, syukur ya Allah krn sehingga ke hari ini aku diberi peluang lagi utk terus menghirup oksigen yg dipinjamkan oleh Mu..

Hari ni hari ke-4 pada bulan Julai 2012..semua org dah tau kan (sj intro lebih) :P apa yg ingin disampaikan di sini bukan pada hari ke brp aku meng'update' blog (hehe) tp di sini aku ingin mengingatkan diri aku sendiri. masa kian hampir. masa apa? masa utk aku memulakan hidup baru sebagai seorang isteri kepada suami. Sounds normal, but it's not that easy :)


So this is my first entry for this month.
Memang normal bagi sesetengah kaum hawa mengimpikan hidup berumahtangga. namun, sedarkah mereka hidup berumahtangga tidak semudah yg disangkakan? ya, mungkin aku sendiri berpendapat mcm  tu, tp hari ini..setelah sekian lama aku mulai sedar. aku tidak akan dpt apa yg diimpikan jika diri aku sdri aku tidak dpt menguruskan dgn baik.

"Isteri..wifey..honey"..perkataan yg didambakan setiap wanita untuk dirinya. tp tahukah mereka, dengan hanya sekali nafas dan sekali lafaz akad nikah dilafazkan oleh si suami, mulai saat itulah segala dosa si isteri ditanggung sepenuhnya oleh si suami. mungkin ramai yg dah sedia tahu akan perkara ini, especially bagi kedua ibubapa kita, krn mereka terlebih dahulu memakan garam dari kita. tp apa yg menginsafkan di sini, tidak semua mereka yg telah mengetahui terutamanya si isteri, memelihara segala tingkah laku mereka, aurat mereka, percakapan mereka malah maruah mereka juga langsung tidak diambil pusing. kasihan si suami. 

Dari hari ke hari aku meneliti kisah hidupku sendiri. mengambil iktibar dari segala yg telah dilalui. dan cuba perbaiki diri utk menjadi lebih baik dari sebelum. namun, jauh di sudut HATI, adakah aku sempat utk perbaiki diri aku sepenuhnya sebelum statusku bertukar menjadi isteri?? Julai telah pun kembali, hanya tinggal 5-6 bulan sj lagi utk aku bergelar isteri. duhai HATI, tabahkah engkau mengharungi segalanya di saat HATI mu dimiliki sepenuhnya oleh suami?? berjayakah engkau nanti utk menambat HATI si suami? mampukah engkau menjaga maruah diri terhadap suami??

Thank you ALLAH kerana pada hari ini aku tersedar...masa adalah segalanya. tanpa perjalanan masa, aku tak mampu memiliki peluang untuk mengubah diriku drpd bersikap kealpaan kpd sikap yg sentiasa mengingati kelemahan dan sentiasa memperbaiki diri dari hari ke hari. Alhamdulillah..