Wednesday 27 June 2012

Tak Sehebat Dia

Haii..Assalamualaikum

(Dalam keadaan tersenyum) Pheww~tarik nafas panjang2 dan hembus..Bismillahirrrahmaanirrahiimm.

Aku tidaklah sehebat mereka yang lebih expert lebih arif lebih pandai atau lebih matang dlm penulisan blog ni..aku cuma segelintir insan kerdil yg tak punya apa2 kelebihan dalam penghasilan blog secanggih nama-nama blogger top kat malaysia esp mcm Fatin Liyana tu..
And Fatin Liyana, walaupun org yg langsung takda kene mengena dgn blog, IT mahupun komputer pun dah kenal siapa beliau..MANTOP kan?? Popularitinya dah sebaris dgn artis2 tanahair kita ni..betul tak?? hehe. So saat aku menaip utk menghasilkan post2 yg tak berapa best ni saat tu aku terasa "hummm..kerdil sungguh diri aku ni. Dah la memang kecik..pastu ada hati nak jadi mcm  Fatin Liyana konon.."

Haha..mcm tu la perasaan aku setiap kali aku berada di depan monitor screen sambil menaip utk meluahkan apa saja kat blog ni..and setiap kali tu jugak lah aku berharap, satu hari nanti segala apa yg aku lakukan sekarang tidak sia-sia. Even takda seorang pun yg baca..at least, HATI aku puas dan dari hari ke hari aku akan cuba perbaiki mane yang kurang. Aku tak lagi berada dlm keadaan murung mcm dulu sekiranya aku ditimpa masalah. Aku perlukan seseorang utk mendengar segala luahan HATI aku, namun aku masih tak pasti siapa melainkan Allah. Tapi, bila aku mula ber'komunikasi ' di sini, HATI serba sedikit terubat dgn sendiri..mungkin itu adalah salah satu hikmahNya.

Terima kasih Allah kerana membuka HATI aku utk berdepan dgn apa jua masalah yg menimpa, terima kasih kerana mengurniakan idea and ruang utk aku memulakan segalanya di blog ini. DAN..

Jika ada sesiapa yg mungkin akan terbaca atau terimbas sekali pandang blog ini, aku ucapkan syukur Alhamdulillah..juga mohon maaf sekali lg kerana penulisan ku tidaklah sehebat dia...namun di mana kita mahu mengejar kejayaan jika kita sendiri tidak pernah mahu mencuba dan meneliti sendiri apa sebenarnya kelemahan kita..tiada siapa yg akan membantu melainkan diri kita :)

Wassalam..   

Tuesday 26 June 2012

Yang Pergi Tetap Pergi

Wahh...tajuk nak buat orang touching pulak (touching takpe jangan annoying :P). Well biasala..korang ape tau. HATI ni jer yg tahu betapa dalam ingatan aku terhadap seseorang yang pernah muncul dalam hidupku, namun tiada apa yang dapat mengatasi jika sudah kehendak-Nya untuk dia pergi jauh dari hidupku...(-.-)

So aku try cari lirik yang agak 'match' dgn situasi spt di ats..(saja2 tambah kerja sbb Pito tido, so takleh kaco dye aku cari lirik nieh...hehehe)

..ENJOY..
Semua Tentang Kita

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka, saat kita tertawa
Teringat saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

....
P/s: Moral of the story..Yang lepas usah dikenang, yang datang tetap di hati..(Ntah ape2) hahaha ^^)V


Present

Assalamualaikum..Hai semua.. :)

PITO!

The name given by me for my nephew's present..who's that lucky boy?? (Aus @ Muhd Nur Firdaus, anak kakak sy..Hafizah @ Kak Piza) :)

Pito kagum bila berada di atas meja sy.. :P

Ahah. Pito's evening nap. Dun disturb!

Amacam?? Comey tak?? Omey omey omey kannnn.....aishhh knp la present ni bukan aku yg punya. Kalau la aku dapat.....lame dah ranap tulang halus si Pito ni kena gomol2 ngn aku. Haha!
BTW..Pito adalah si anak kucing comel pemberian kakak ku kpd anak kesayangannya, Firdaus a.k.a Aush. Aku tak berapa pasti from which type of breeds did he cames from, but maybe from..ermmmm "Flatten Face" breed..(pepandai aku je janji ada kene mengena ok)..kihkih!!

So, nak bagitau kat sini even though Pito bukan milik diriku yg sah lagi sahih, "kau akan tetap menjadi pojaan HATI ku.." (perasan mcm tuan punya ada aku kesah??)
Hari-hari nak tgk muka dye..hari2 nak yum2 dye..hari2 nak main dgn dye..hummm kat rumah tak cukup, kat ofis lak aku 'tala' dye..muahahah padan muka kau. Comel sangat kan? Rasakan.!!!!! Ngehehehh.. ;)
Serious, aku memang takleh lau jupe sumtin yg agak atau yg memang COMEL..CANTIK..GEBU..BULAT...MANJA..so kalau semua pakej lengkap ni ada kat sesuatu bnd tu..haa korang bakal tgk perangai aku nanti cmne. hehe :p

Monday 25 June 2012

I Need Rest!

Huaarghh!! Tajuk dah menggambarkan betapa dalamnya tahap kepenatan yg very the jemah! haha~ penat seyh...nape laaaa even duduk di ofis, tp penatnya~pheww Dia saja yg tahu..huu.

So bila dah keadaan camni, u all tgk beri salam tidak ape pun tidak...demn!! Dengan itu, dimulakan dgn Assalamualaikum..salam sejahtera. Peace ^^)V (maaf di ats ketidaksopanan sy pd hari ini T.T)


Actually, bila dah banyak sgt kerja..aku memang xboleh...bila kurang pon xboleh jugak.haha.giler mabuk..ok, spt yg kamu kamu lihat sekarang...and dalam waktu yg sama kamu kamu mest terfikir or terdetik dlm HATI "budak ni kate sibuk, penat buat kije. tp duk tambah lg beban nak menaip pepanjang dlm blog ni pahal??"..kan. Hehe...betul tak betul takkkk??? :P Alaa...soweyyy aku memang kalau dah terlampau banyak keja memang aku akan cari beberapa minit hanya utk bernafas dgn tenang buat smntara. Ya, memang cara aku mcm ni. Kalau dah penat tp dipaksa paksa buat itu ini..alamatnya, A yg diminta B yg ku bagi..and some times org tny bila nak makan dgn selamba aku jwb ko nmpak kaki aku??..See? Very the gila one! (ingat! ini terjadi ketika penat mengatasi segalanya)

So untuk mengelakkan sesetengah org di sekeliling ku berkecil hati, aku pun...hokeee~i need rest. Please....dun disturb! Thank you.

Oke, nafas agak tenang sekarang. Kepala da xpusing. Mata da agak Segar.. 
so da boleh sambung kerja balik..
Again, thank you for reading. See u tomorrow.. Hehe :P

Wassalam..

Friday 22 June 2012

My Perfect Partner




Assalamualaikum....salam sejahtera :)

Nak berkisah pasal my PP pula..hehe! Do u know what? myPP means my PERFECT PARTNER!
Wow..kau jgn lebih-lebih eda. Tau tunangan ayer keroh tu mati kau!! Eh eh...sory sory..ishk si HATI ni selalu jer salah faham kan??? haiiyaa...the tunangan one is my FUTURE HUSBAND oke? i repeat...FUTURE HUSBAND!!! Not only my partner..malah dia akan jadi bantal peluk sy, tilam empuk sy, jantung hati sy, buah fikiran sy, kasih sepanjang hayat sy n sooooo on~~So fokuskan benda tu..jgn tergelincir dari landasan lg ya cik HATI?? heheee..

SO. Knp sy nak bercerita pasal PP ni plak? aduhai..mcm da xda cerita lain kan? saja la tu nak buat post kali ke-2. janji ada POST! lol.

Bukan ape, bila sy ternampak gambar PP sy ni dlm folder tempoh hari..it's remind me sumthin. Ya, sebelum ni, sy nak jual PP sy. Sebab apa kau ni Jahhh?? Macam2 plak...haa ni la yg aku nak cerita oke...humm 1st of all, korang mesti ada yg tau and maybe ada jugak yg xtau..actually, sy dah nak kepam2 geboom2 xlama lg..ishk ape kau ckp ni minah? haiiya...maksud sy..xla
ma lagi sy dah nak berkahwin, mendirikan rumahtangga..membina masjid..umm mcm tu la kan. Jadi..apa kena mengena? Fuhhh..tula act nak jual my PP sbb......sy terpaksa. Why? Because...sy memerlukan duit utk tolong tunangan sy..aik??? Mcm ni pun ada ka?? Ya..sy perlu tolong tunang sy walaupun sy tahu dia tidak memerlukan pertolongan tersebut. Malah dia pernah cakap.."Syg xperlu risau, sampai masa baby tau mcm mane nak handle smua ni. Jangan kelam-kabut..yg penting apa jadi pun baby tetap nak kita kahwin..ok??" (sambil usap pipi ku)...tiba2 cik HATI sayu. Maka berjujuran lah air mata ni tatkala malam menjelma. Beralaskan bantal..berselimutkan teddy bear kesayangan hadiah dari tunangan....HATI berbicara. Kenapa dia sangat menyayangi aku sedangkan aku xpernah buat apa2 untuknya. Sepanjang malam berjaga..berfikir. Apa patut aku lakukan utk menerbitkan sedikit pengorbanan utknya. Malam makin suram...lalu aku tertidur. 

Keesokannya, seawal jam 7.00pagi aku terjaga. Ishk..ape ni?? Semalam punya la touching menangis2 smpai tertidur pun da tak perasan. Haihhh..eda eda..kalau dah kaki tido tu...letak bebola api kat mata pun takkan jalan!! OKE, fine..berbalik cerita td..mana HATI tak sayu. Dia bekerja siang malam cari duit, aku pun kerja jugak..tp kau tau tau la kan, org pempuan ni pantang dpt duit..saving ke mana..apa ke mane. So, malas nak cerita lebih. Si tunangan dah dekat setengah tahun simpan duit (utk kawin pny pasal). Yang aku ni, duk perabih duit gaji. Then bila dah habis..mula bebel sana sni..haihh xfaham aku. OK OK berbalik semula...ehh brp bnyk kali kau nak berbalik2 ni....tension kan baca post aku?? teheee!!

Oke la oke la..Actually aku nak jual myPP kerana beberapa sebab:-

Sebab pertama - aku nak tolong ringankan beban my future husband aku
Ke dua - dah bosan dgn touch-screen phone...balik2 salah taip je kan..sometimes nak call org URGENT pon da jd xurgent sbb sala tekan/touch!
Ke tiga - pakai hp biasa pun da ok pe..mahal2 buatpe. aku bukan dato' Siti yg menjadi perhatian ramai :p
Ke empat - letih nak dijaga rapi hp mahal ni sbb, kalau calar tergores xpe lagi..kalau hilang?? mampus kau!! putih mata kau dpd kapas~!
Ke lima - kalau pakai hp murah, kita xkisah sgt hp tu ank buah nk pegang ke, main ke, sepak ke...n so on (utk ank buah ramai mcm aku)
Ke enam - hp digunakan hanya utk main msg, call n game sahaja..lain tidak and benda ni semua, hp murah pon ade!! (pahal aku seriau sgt cari hp ni dlu??)
Ke tujuh - hp mahal ni baru jatuh tepi longkang sikit, malam kita da xboleh tidur lena. belum masuk dalam longkang lagi...bla bla.

OKE...harap2 ni je alasanss yg mampu dikurniakan oleh minda aku sekarang ni. NO more reason. And the MOST important one, aku nak dia tau yang aku sangat sayangkan dia so aku perlu buat sesuatu.
That's it!

I Love You Ily

my LOVE team partner~

Assalamualaikum..salam sejahtera..salam Jumaat..salam semuanya :)

This is my 1st post..yah! Semua orang tau la kot..? Heh, ok, so kalau dah pertama kali ni harap-harap kalian faham la kan knp ayat2 aku agak skema..or dlm erti kata lain 'membosankan'..tehee..
BUT..si HATI tetap mengatakan "go on eda, u'll be good after writing this.."
YESSS..itulah aku, walau apa pun terjadi..berlaku, di akhirnya aku tetap mendengar bisikan si jantung HATI ku..^_^

Ok, sebelum melalut lebih panjang, let's me introduce...
Gambar di atas ni diambil semasa majlis perkahwinan my lovely one SITI ILY ISMAIL..
From left: Rlong, Me, Fara (my niece), Ily and Ziera..
Well..cantik tak we all? Adakah over dari pengantin? of course tidak kan..look at her! 

She's looking great at that time..
Aku masih lagi ingat sesampainya aku and rakan2 lain di rumah pengantin..we all sangat lah teruja. Of course, dah lama aku mendambakan kekasih hati aku sorang ni utk berumahtangga..Dia yg ku sayang..dia yg ku puja..dia yg ku cinta..hehe! Mulanya memang sukar utk aku lepaskan dia ke tangan orang lain. cehh da mcm kekasih buat kekasih la plak kan..huhu tp betul ape. Aku memang susah la nak lepas dia, dia cinta aku..lps ni aku takleh nak bermesra mcm dulu lg..uwwaaa!!! Tp, aku taknak ikutkan sgt emosi yg dah tak stabil ni..aku fikir panjang~OK cukup! Sedar2 lah sikit Eda oiii..org tu nak bersuami nak bina masjid nak ada anak..macam ko jugak nanti! Semuanya dah ditanggung HALAL pe??? Adehh, si HATI da marah beb. HAHA betul jugak kata HATI..yela yela i'll do it! Bubbye sayangku....semoga kehidupanmu lebih bermakna di sisi suami terchenta..hummm. ='(

Mane tak aku melaung bila dgr dia nak kawen..selama 8 tahun kami berkawan..bermacam cerita kami kongsi, bermacam kisah kami story each other..everything is perfect since we declared :)
Kisah suka, duka..dikongsi tak kira masa dan bagaimana jalan ceritanya. Duka menjadi indah..indah pula menidakkan kewujudan duka. Hari-hari dia dengar aku bebel, hari-hari jugak aku dgr dia berceloteh. pantang jumpa! Ada je benda nak cakap. Kalau tak cakap tu sakit la maksudnya. hahaha..! 
She's too cute. Cute with everything. Parasrupa, peribadi, budibicara, tingkahlaku..segalanya. No wonders setiap orang yg mengenalinya akan suka padanya. Eventhough dia hanya melintas jalan..ramai jejaka yg berjalan terpesona dengannya. Haa tgk, dahsyat kan penangan minah kesayangan aku nie? Beriya aku cerita ngalahkan tuan punya badan la plak kan..muahahaha!!! Ape pun, aku tetap mendoakan yg terbaik buatnya. Semoga jodoh berkekalan, smoga dikurniakan anak yg comel2..smoga tabah menghadapi segala apa jua cabaran dlm kehidupan kamu, sayang...

I LOVE YOU my ILY

Haiiyaa..aku ni nak cerita apa sebenarnya?? humm well, utk mengelakkan korang duk ngutuk lagi baca post aku yg pertama ni, aku nak upgrade sikit la taruk gambar. Mane tau kot2 dgn ada gambar ni at least korang teruja sikit (sikit pun jadi la)..heee!! :"P

Nah...ni gambar2 lain semasa majlis perkahwinan:

Me and ILY

Let's cut it off!!! PEACE ^^)V